Pengurusan Maklumat Sekolah

Kenapa apabila ingin membuat pengiraan markah walaupun telah diterbitkan peperiksaan atau ujian tersebut tetapi tiada paparan

Ianya kerana nama pengetua tidak di setkan didalam pentadbir sekolah.

Tips: Papar maklumat sekolah > Pentadbir sekolah > masukkan sekurang-kurangnya nama pengetua > log keluar dan masuk semula.

Pengurusan Pentadbir Sistem

Apakah default password pelajar?

Password untuk murid telah disetkan. Untuk murid yang pertama kali log in, nama pengguna dan kata laluan adalah IC murid tersebut(910722045355).

Pengurusan Staf

Bagaimana untuk tidak mengaktifkan staf yang sudah berpindah?

Bagi staf (guru dan staf sokongan) yang telah berpindah, berhenti dan bersara, GPB boleh mengubah ketetapan di Modul Pengurusan Staf.

-Tetapan berkenaan dibuat di Selenggara Maklumat Staf > Selenggara Rekod Staf
-Pilih staf yg hendak di tukar statusnya
-Pilih 'tab' Perkhidmatan
-Buka (klik) pada tajuk Maklumat Berhenti Kerja / Pindah
-Pilih tarikh bila status akan bermula ( Tarikh Berhenti )
-Pilih tarikh bila staf akhir di sekolah ( Tarikh Akhir )

Apabila ketetapan ini siap, staf-staf tidak akan terlibat dalam mana-mana modul lain seperti E-Cuti dan permilihan guru kelas. Tetapi, nama staf dalam senarai staf di Modul Pengurusan Staf masih ada.Walau bagaimanapun, statusnya BUKAN lagi Berkhidmat dan secara automatik staf tersebut dinyahaktifkan dari sistem. Seterusnya pada tahun hadapan atau tahun berikutnya, nama-nama staf yang tidak aktif tersebut tidak akan tersenarai di dalam senarai staf.

Saya telah cuba memasukkan kod nama seorang guru, dan klik simpan tapi dalam senarai kod nama pada paparan masih NULL

Sepatutnya tiada masalah utk mengemaskini data staf. Penuhkan medan-medan wajib (*) dan juga kod nama yg ingin dimasukan

Atau pun anda juga boleh memeriksa di dalam senarai nama pengguna sama ada nama pengguna tersebut telah wujud di dlm sistem SPS ini kerana anda telah mendaftar nama pengguna yang baru tidak megikut langkah yang sepatutnya dilakukan - by Denny Chieng (SPS Kuching)

Pengurusan Murid

Saya telah daftar nama murid di pengguna sistem tetapi murid tersebut tidak boleh diaktifkan di maklumat murid?

Untuk mendaftar murid, ketetapan mesti dilakukan di Pentadbir Sekolah > Selenggara Maklumat Murid > Senarai Murid dan bukannya di pengguna sistem.


Apabila saya ingin mendaftarkan perpindahan murid ke sekolah lain, masalah timbul apabila senarai sekolah yang ingin dipindahkan tiada dalam senarai dalam SPS. Contoh MRSM, SBPI dan SM Sains. Jadi bagaimana saya hendak meletakkan status perpindahan murid berkenaan?

Memandangkan senarai berkenaan adalah mengikut Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), MRSM tiada dalam senarai yang di sediakan oleh DDSA.

Walau bagaimanapun pihak sekolah boleh memilih Lain-Lain Sekolah bagi sekolah yang tiada dlm senarai tersebut.

Apabila pelajar tak boleh log in, menyukarkan guru-guru utk resetkan pelajar seorang demi seorang. Lagipun password terlalu panjang.

Dinasihatkan supaya pasword murid tidak diresetkan kepada 1234 kerana ini akan menyebabkan semua murid boleh mengakses data sulit murid lain dan maklumat lain seperti nilam dan kerja rumah.

Walau bagaimanapun pelajar itu sendiri dapat mengubah supaya kata laluannya memudahkannya sendiri. Pelajar boleh menukarkan supaya kata laluannya sendiri dipendekkan sehingga 3 aksara sahaja.

Bagaimana untuk menambah atau memasukkan nama bapa sekiranya terlupa atau tertinggal setelah menakan butang simpan

Berikut adalah cara untuk memasukkan nama bapa yang tertinggal:-

Pentadbir Sekolah > Pengurusan Pentadbir Sistem > Selenggara Pengguna Sistem > Pilih nama yang ada masalah > Edit nama tersebut > Simpan

Bagaimana untuk mengubah nama murid sekiranya tersalah eja?

Pentadbir Sekolah > Pengurusan Pentadbir Sistem > Selenggara Pengguna Sistem > Pilih nama yang ada masalah > Edit nama tersebut > Simpan

Pengurusan Jadual Waktu

Tiada matapelajaran bagi tingkatan 6 iaitu pengajian am 1 dan 2, geografi 1 dan 2, sains sukan 1 dan 2, fizik 1 dan 2, matematik T1 dan 2, ekonomi 1 dan 2

Penentuan kod subjek di dalam sistem pendidikan sekolah adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh MAMPU melalui DDSA. Maka kod sesuatu subjek tidak ditentukan oleh kertas peperiksaan yang sepertimana dalam peperiksaan besar negara contoh STPM.

Walau bagaimanapun,hal ini tidak memberi komplikasi dalam membuat jadual waktu walaupun terdapat beberapa orang guru yang mengajar sesuatu subjek

Tiada paparan di ruangan matapelajaran, tahap akademik dan darjah/tingkatan di sub modul paparan mata pelajaran mengikut guru

Senarai matapelajaran, tahap akademik dan darjah / tingkatan akan terpapar sekiranya jadual waktu telah diaktifkan

Adakah akan berlaku masalah di bahagian peperiksaan sekiranya ingin mengubah jadual waktu yang telah diterbitkan?

Tidak akan timbul masalah di bahagian peperiksaan sekiranya ingin mengubah jadual waktu yang telah di terbitkan tetapi akan timbul masalah sekiranya salah satu mata pelajaran di padam di jadual waktu

Pengurusan Kehadiran

URL Script untuk modul kehadiran staff

Untuk meletak script untuk modul kehadiran staff, sila pastikan dahulu IP komputer yg hendak digunakan telah di simpan di Selenggara Kehadiran Staf > Selenggara IP untuk Rekod Kehadiran

Kemudian cuma tambah ”/staffAttendance/attendanceMarking.jsp.” pada akhir IP sekolah. Contoh: 10.123.123.12/staffAttendance/attendanceMarking.jsp

Bagaimana untuk mencetak Kehadiran Staf secara Individu

Untuk mencetak kehadiran staf secara individu, hanya masuk ke Modul Pengurusan Kehadiran > Laporan Kehadiran Staf > Analisis Masa Kehadiran Mengikut Staf

Tips untuk menyelesaikan masalah di rekod kehadiran staf : 1. Senarai Kumpulan tidak terpapar bagi beberapa orang guru. Walaupun guru tersebut telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Kehadiran yang betul. 2. Guru/Staf yang Hadir tapi Lewat, paparan masa masuk berwarna Hitam. Sepatutnya, lewat:Merah

Ini berlaku kerana maklumat profil guru/staf tersebut tidak lengkap.Caranya, kemaskini maklumat guru/staf tersebut di Selenggara Maklumat Staf > Klik Nama Staf > klik Tab Perkhidmatan > Maklumat Perkhidmatan Terkini > Perlu kemaskini semua maklumat yang bertanda (*)

Apabila maklumat telah lengkap, Kumpulan kehadiran bagi guru tersebut akan disenaraikan secara automatik.(Nama yang telah sedia ada di senarai kategori Kumpulan Kehadiran). Bagi masalah yang ke-2 juga akan dapat diatasi dengan serentak. Paparan masa masuk/keluar akan berwarna Merah jika lewat.

Pengurusan Kedatangan Murid

Bilangan pelajar berkurang semasa merekod kehadiran bukan pada hari semasa

Permasalahan nama murid tiada dalam senarai tanda kedatangan murid adalah kerana tarikh efektif tidak dimasukkan.Masukkan tarikh efektif semua murid di Modul Pengurusan Murid:

Laman Utama > Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid > Selenggara Tarikh Efektif

Pengurusan Utiliti

Langkah-langkah untuk membuat kenaikkan data

Aturan kenaikan data tahunan 2011

1) tambah tahun aktif persekolahan 2011—sila PASTIKAN bahawa tarikh telah dimasukkan dengan betul rujuk kepada kalender KPM mengenai tarikh persekolahan.SILA BIARKAN KOSONG PADA BAHAGIAN Minggu Aktiviti Penggal ketika mengisi tarikh tersebut. klik butang 'Simpan' dan “pasti” setelah memasukkan tarikh yang betul.

2) aktifkan tahun aktif persekolah 2011

3) Pastikan tahun aktif persekolahan telah bertukar kepada 2011

4) mulakan kenaikan data tahunan 2011 dengan: Pentadbir sekollah> Pengurusan Utiliti>Maklumat Kenaikan Data tahunan.

5) Pastikan mengikut turutan;

  • Kenaikkan Data Akademik Tahunan—–Pastikan tahun semasa adalah 2011
  • Kenaikkan Data Staf—–Pastikan tahun semasa adalah 2011
  • Kenaikkan Data Lain-lain—–Pastikan tahun semasa adalah 2011—Tandakan semua kotak yang ada sebelum menekan butan “Proses”
  • Kenaikkan Data Murid —– sebelum membuat kenaikan data murid sila Pastikan semua kelas mempunyai kelas terdahulu kecuali kelas tahun/tingkatan satu. sekiranya terdapat kelas baru pada tahun 2011, sila tambah dan letakkan status 'tiada' pada kelas terdahulu. setelah selesai baru pergi semula ke pengurusan utiliti untuk meneruskan kenaikan data murid. SILA TANDAKAN/PILIH PADA SEMUA KOTAK YANG ADA SEBELUM MENEKAN BUTANG PROSES.

6) Setelah selesai membuat kenaikan data tahunan, diminta untuk mengemak data di bahagian modul Pengurusan staf dan Pengurusan Murid

faq.txt · Last modified: 2013/08/07 15:19 by admin
CC Attribution 3.0 Unported
www.chimeric.de Valid CSS Driven by DokuWiki do yourself a favour and use a real browser - get firefox!! Recent changes RSS feed Valid XHTML 1.0